Selasa, 8 September 2009


SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG BAKAL TIBA
Semoga hari ini dan yang akan datang sentiasa memberi sejuta rahmat buat kita semua...
Hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan-Nya.
Ikhlas Dari...
Seluruh Warga Pekan Menumbok

Khamis, 26 Februari 2009

PrOjeK kEusAhaWaNan

Projek keusahawanan yang ditubuhkan oleh PPIK Pekan Menumbok ialah perniagaan kedai runcit. Memandangkan Pekan Kecil Menumbok terletak agak jauh dari Kg. Mempakul,maka kedai runcit ini ditubuhkan bagi memudahkan komuniti di sekitar dapat membeli barang keperluan mereka dengan mudah.
Dengan cara ini, komuniti berpeluang memasarkan prodak mereka tanpa memerlukan modal yang besar. Antara prodak yang dapat dipasarkan oleh komuniti ialah kelapa tua, aiskrim, ais batu, kerepet dan bermacam-macam lagi. Ini dapat menambahkan lagi pendapatan sampingan bagi penduduk sekitar kampung.
Selain itu juga, kedai ini menyediakan kemudahan 'reload card'untuk komuniti memandangkan penggunaan telefon bimbit sangat berleluasa sekarang.

Rabu, 11 Februari 2009

Etika Emel - Tip Dan Rahsia

Sebenarnya tiada peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna emel. Apa yang ada hanyalah garis panduan dan juga petua ataupun tip yang dapat membantu anda sebagai pengguna emel, supaya dapat menghantar dan menerima emel dengan lebih cekap dan kreatif.

Antara petua dan garis panduan itu adalah seperti berikut:

  • Pastikan anda tahu maksud perkataan atau istilah yang anda gunakan. Contohnya 'Reply' maksudnya jawapan / balasan. Digunakan untuk menjawap emel daripada rakan anda.
  • Pastikan format penerima adalah sesuai sebelum anda mengirim sebarang lampiran (attachment). Sesetengah perisian komputer tidak mempunyai format 'adobe reader' dan sebagainya. Maka sukar penerima membuka lampiran kelak. Biasanya 'word document' atau 'doc' adalah format yang lazim untuk membuka lampiran daripada emel.
  • Sentiasalah periksa senarai nama kiriman anda. Semak semula kemana anda menghantar emel anda melalui senarai nama dalam 'sent'.
  • Bertanya dahulu sebelum mengirim lampiran yang sangat besar. Jangan terus mengirim kandungan lampiran yang sangat besar (grafik atau gambar), ini akan menjejaskan kandungan lampiran anda. Juga menyebabkan peti emel rakan anda menjadi sesak atau tersumbat.
  • Elakkan kekeliruan dan salah tafsiran dalam menulis tarikh atau waktu. Adakalanya kita hanya menulis 20.3.99 bagi 20 Mac 1999, ataupun 3.15 untuk pukul tiga lima belas minit. Ia memberi tafsiran yang berlainan kepada orang dari negara yang berlainan. Bagi orang di Amerika misalnya mereka menulis tarikh bermula dengan tahun,diikuti dengan bulan dan juga hari (99.320 bagi 20.03.99). Begitu juga dengan sistem waktu, kita biasanya menulis 3.15 pagi tau petang. Sedangkan cara yang tepat ialah 0315 bagi pagi dan 1515 bagi petang. Oleh itu, lihat kepada siapa kita menghantar emel dan gunakan kaedah yang tidak mengelirukan mereka.
  • Elakkan menghantar emel yang terlalu ringkas tanpa maksud tertentu. Adakala kita menerima emel daripada rakan kita, kita akan terus membalasnya dengan menulis 'Me Too' atau 'Ok' atau apa saja yang ringkas. Namun begitu jangan jadikan ini amalan kerana orang yang menerima emel itu tidak sentiasa si hadapan komputer,mungkin dia akan membacanya beberapa hari kemudian. Oleh itu sudah tentu mereka akan terlupa,atau tidak memahami apa yang kita maksudkan. Lebih baik kita menulis semula apa yang kita ingin katakan atau mengulangi apa yang telah dikatakannya.
  • Elakkan emel yang memalukan. Simpan emel yang memalukan,yang kita terima di dalam simpanan kita sendiri sahaja melalui 'Default'. Emel ini mungkin berbentuk gosip, fitnah, atau gambar yang tidak sepatutnya keluar untuk tatapan umum. Lebih baik anda terus padam (Delete) sahaja sebelum tersebar lebih jauh.
  • Jangan mudah percaya. Jangan mudah tertipu atau percaya dengan janji-janji yang ditaburkan melalui emel. Baik dalam perkataan atau perniagaan. Pastikan anda menyiasat terlebih dahulu. Apa-apa jua yang dihidangkan melalui emel hendaklah ditapis dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang komitmen.
  • Jangan hantar emel yang karut kepada orang lain. Adakalanya isu atau cerita yang dihantar akan menyakiti hati orang lain.
  • Jangan balas/jawab emel berbentuk spam pada senarai emel. Jangan pedulikan emel sebegini kerana jika anda menjawabnya, anda juga salah seorang dari mereka yang gemar menghantar emel yang mengarut atau sia-sia.
  • Emel meninggalkan rekod kekal. Setiap kali anda menghantar emel, ia akan kekal di dalam simpanan penerima selagi ia tidak dihapuskan. Oleh itu hati-hati dengan mesej yang anda tulis atau pun fakta yang anda hantar.
  • Hantar semula tanpa mendedahkan alamat. Anda boleh 'foward' emel yang anda terima kepada orang lain tanpa mendedahkan alamat rakan lain yang menerima emel yang sama, dalam kotak emel anda.
  • Semak ejaan pada emel anda dengan mencetaknya. Kadang-kadang anda tidak perasan kesalahan ejaan atau tatatanda pada emel yang anda hantar kepada orang lain. Oleh itu anda dinasihatkan mencetaknya pada kertas lain, dan memeriksa semula mesej anda untuk memastikan tiada kesilapan pada ayat-ayat anda.
  • Memasukkan aksara antarabangsa atau aksara lain. Jika anda perlu menaip sebarang aksara lain yang tidak terdapat pada papan kekunci anda, anda bolehlah menggunakan Mac OS X untuk mendapatkannya dan memasukkannya ke dalam mesej emel anda.
  • Balas emel dengan cara yang ringkas. Jika anda perlu membalas atau menjawab emel rakan anda, lakukan dengan ringkas dan mudah di fahami.
  • Ringkaskan dan padatkan emel anda. Emel yang panjang berjela membosankan penerima untuk membacanya hingga ke penghujung. Ia juga boleh menjimatkan masa dan ruang.
  • Jangan tonjolkan kesilapan orang lain melalui emel. Sekiranya anda fikir orang yang mengirim emel itu salah atau mengirimkan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada anda, jangan sesekali memarahi atau menonjolkan kesilapannya melalui emel dalam bentuk 'reply' kerana akan menjadi tatapan umum. Lebih baik kembali kepada 'compose' dan mulakan emel yang baru untuk memberitahunya.
  • Tidak perlu memasukkan alamat rumah dalam emel. Mengelakkan penerima tahu dimana anda tinggal.
  • Jangan buang terus tanda bacaan semasa menulis emel. Walaupun emel yang dihantar ringkas, jangan lupa meletakkan tanda koma, noktah dan sebagainya. Ini mengelakkan salah faham penerima emel anda. Masukkan dimana perlu.
  • Tidak perlu menggunakan bahasa baku. Emel adalah mesej yang tepat,padat dan ringkas. Oleh itu janganlah anda terlalu 'taksub' dengan panggunaan 'nahu' atau 'bahasa baku' semasa mengarang. Ini akan memakan ruang emel anda.
  • Jangan paksa penerima membalas emel anda.
  • Kecilkan gambar. Sebelum anda menghantar gambar, kecilkan saiznya supaya tidak memenuhi peti emel penerima.
  • sisihkan atau asing-asingkan emel menurut penerima. Sesetengah emel yang dihantar semula (foward) tidak sesuai dihantar kepada pembaca di bawah umur, orang tua-tua dan kanak-kanak.Oleh itu sisihkan atau asingkan emel kepada penerima yang diingini sahaja.
  • Gunakan huruf tebal (bold) dalam mesej emel teks anda. Ini dapat menarik perhatian pambaca yang baru sahaja memebuka emel anda. Huruf tebal juga menjadikan emel anda lebih menonjol berbanding emel orang lain.
  • Tuliskan emel dalam bentuk 'Bullet Point". Emel yang di tulis atau di karang dengan panjang berjela-jela tanpa 'point' memang membosankan pembaca. Jadi, ringkaskan dan tulislah emel anda dalam bentuk 'point form'.
  • Penggunaan italik atau huruf condoong dalam emel. Selain penggunaan huruf 'bold', anda juga boleh mengunakan huruf italik atau condong untuk menyerlahkan mesej dalam emel anda.
  • Gunakan banyak ruang antara perkataan. Pastikan anda menggunakan banyak ruang kosong antara perkataan semasa menaipnya. Ayat yang ditaip terlalu rapat akan menyukarkan pembaca.
  • Gunakan huruf kecil dalam alamat emel anda. Untk memudahkan semua orang, gunakanlah huruf kecil dalam alamat emel anda, contohnya dspasma@yahoo.com. Ini pasti menyenangkan orang menaip alamat anda.
  • Akhiri mesej dengan ucapan 'terima kasih' atau 'Thanks' atau 'Bye'. Jangan biarkan mesej anada tergantung begitu sahaja. Adab mengirim surat atau mesej jangan dipandang ringan. Tamatkan ayat-ayat anda dengan ucapan terima kasih atau sebagainya.
  • Jangan tulis mesej dalam semua huruf besar. Menulis dengan semua huruf besar seolah-olah menggambarkan kita sedang marah atau ingin memberi amaran atau menengking. Seelok-eloknya tulislah dalam huruf biasa dan tekan kan suatu yang pentiing dalam hufur tebal.

Dipetik daripada majalah Kuntum

(Mendidik Sambil Menghibur)

Isnin, 1 Disember 2008

PERANAN PD DAN PPIK PEKAN MENUMBOK

Semasa Pesta Nelayan berlangsung, PD dan PPIK turut memberikan peranan bagi menjayakan pesta ini. Peranan yang diberikan adalah menyalurkan tenaga elektrik untuk kemudahan para peniaga di sekitar bangunan PDSI. Selain itu juga PDSI adalah tempat para pengunjung pesta merehatkan diri sambil membaca majalah,novel dan melayari internet. Apa yang dapat dirumuskan, PDSI berada di tengah-tengah Pesta Nelayan itu berlangsung.



Isnin, 6 Oktober 2008

WeLcOmE To PpikMbok......

SAMBUTAN PESTA NELAYAN

datang beramai-ramai....memeriahkan pesta nelayan

Di Daerah Kecil Menumbok, yang diadakan pada 28, 29 dan 30 november 2008. Bertempat di Pantai Mempakul Pelbagai acara yang akan dijalankan bagi menjayakan dan memeriahkan Pesta Nelayan ini.

Apa yang menarik pesta ini dianjurkan dengan kerjasama beberapa pihak seperti Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI), Persatuan Nelayan Menumbok dan komuniti di daerah ini.

Pesta ini dianjur bagi bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim sesama komuniti di sekitar Daerah Menumbok ini. Selain itu juga pesta ini di adakan bagi mengenang jasa para nelayan yang meyediakan keperluan makanan berprotein iaitu IKAN.

Tema yang diberikan juga bersesuaian dengan para nelayan di Daerah Menumbok ini iaitu Nelayan Produktif.